korang pernah tak tertanya-tanya nape trafik korang tak naik-naik? ni panduan utk bloger2 and xpecially aku la.... hahahah... aku amik tips ni dr www.fcucommunity.net so, korang baca la.... bg yg berminat....
1. MENULIS DIARI
Susah untuk anda menarik trafik jika anda hanya menulis diari. Pembaca inginkan sesuatu yang bermanfaat. Melainkanlah jika anda menulis diari yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup pembaca. Jika diari anda berbentuk inspirasi, peluang untuk anda meningkatkan trafik mungkin tinggi.
2. BACKGROUND LAYOUT
Cuba anda lihat balik blog anda, sakit mata ke atau menenangkan? Background layout amat penting untuk diutamakan. Kerana Background yang akan menggambarkan siapakah penulis blog. Background Blog tidak seharusnya terlalu terang sehingga silau mata pembaca. Apabila warna terlalu terang, mata pembaca akan terganggu ketika membaca kandungan blog. Warna yang terbaik untuk background ialah warna yang muda dan gradient, ditambah pula dengan texture background yang simple. So, berikanlah diri anda ruang masa untuk tenung background blog sendiri lama-lama. Jika mata anda cedera, maka amat sesuailah untuk anda menukar background dengan segera.
3. AUTOPLAY MUSIC
Inilah salah satu punca hidup pengunjung blog anda tak tenang. Bukan semua orang rela mendengar lagu yang anda pasangkan di blog. Yang paling teruk lagi jika lagu tersebut lagu ROCK.... Bayangkanlah jika seseorang itu membuka volume maximum dan kemudian membuka blog anda? Confirm tak masuk dah.. (TRAUMA). So, pertimbangkanlah semula mengenai hal ini jika anda masih inginkan trafik yang tinggi.
4. WIDGET BERAT
Apa masalahnya jika blog anda mempunyai widget yang berat? Masalahnya ialah blog anda juga akan menjadi berat. Apabila blog berat, masa yang diambil oleh blog anda untuk muncul amatlah lambat. Apabila blog anda lambat muncul, maka pengunjung blog anda akan berfikir 10 kali untuk masuk ke blog anda ataupun tidak. Pengunjung pasti tidak mahu datang ke blog anda buat kali ke 2 setelah blog anda menyebabkan seluruh komputer mereka HANG. So, langkah yang paling mudah untuk anda lakukan sekarang ialah menyingkirkan widget-widget yang bermasalah berat dan pilihlah widget yang slim dan ringan.
5. ALERT MESSAGE
Pernahkah anda masuk ke mana-mana blog dan secara tiba-tiba anda dihidangkan dengan ALERT MESSAGE "Selamat datang ke blog comel saya"? Jika anda dihidangkan dengan 1 sahaja masih boleh tahan, tetapi apabila 5 jenis hidangan keluar sekali gus? Letih jari nak close ALERT MESSAGE tu.. So, cuba lihat semula pada blog anda, adakah anda juga menghidangkan ALERT MESSAGE? Jika ya, silalah bertindak dengan segera menghapuskan ALERT MESSAGE..
6. SUSUNAN KANDUNGAN BLOG
Seperti biasa, sila lihat blog anda dan soalkan adakah kandungan blog anda tersusun? Jika ya, bagus.. Jika tidak tersusun, maka inilah masanya untuk anda bergotong-royong di dalam blog anda. Tujuan kita menyusun kandungan blog ialah supaya kandungan lebih tersusun dan mudah dicapai oleh pengunjung. Terdapat beberapa error yang selalu berlaku pada blogger iaitu apa yang ditulis mereka entah hilang ke mana, amat menyusahkan pengunjung yang ingin membaca sesuatu. So, jika blog anda tak tersusun, inilah masanya untuk bergotong-royong. Tak rugi jika blog lebih tersusun...
7. JENIS TULISAN
Sebelum anda membaca bahagian ini, cuba anda bertanya kepada diri sendiri "kenapa aku nak trafik tinggi?".. Sudah tentu sebab anda nak berkongsi sesuatu dengan pembaca kan? So, inilah masalahnya untuk blogger yang menggunakan tulisan kecil dan juga colourful. Jika tulisan blog anda terlalu kecil dan terlalu berwarna-warni, adakah akan memudahkan pembaca? Inilah masalah yang selalu dilakukan oleh seorang blogger yang inginkan trafik. Jika diri sendiri pun baca terpaksa mengeja slowly one by one, apatah lagi orang lain pula nak baca laju-laju. So, sila ambil berat hal ini dan bertindak dengan segera apa yang patut.
8. BLOG ANDA SAMA SEPERTI YANG LAIN
Hanya satu sahaja yang dicari oleh pembaca iaitu keistimewaan blog anda. Apakah yang menjadi tarikan kepada pengunjung untuk menjadi pembaca setia blog anda? Adakah sebab gaya penulisan yang kreatif? Adakah kerana anda mempunyai rahsia yang tidak ada pada orang lain? Atau yang lain-lain? Inilah yang anda perlu pastikan anda ada. Tiada guna jika ada 100 blog yang seperti anda. Pastikan blog anda unik dari yang lain.
9. NIAT ANDA TERPESONG
Apakah niat anda berblogging? Adakah semata-mata inginkan trafik dan populariti? Jika ya, inilah yang akan menjadi hijab untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Anda sepatutnya berniat baik ingin berkongsi dan jujur dalam menulis. Apabila niat anda baik, maka pembaca turut akan merasai keikhlasan anda berkongsi ilmu.
10. SPAM CHATBOX BLOG ORANG LAIN
Inilah masalah paling utama berlaku pada semua orang dan juga pernah berlaku pada fcucommunity. Berdasarkan kesilapan yang pernah kami lakukan ini, kami mendapati pemilik blog tidak suka apabila chatbox mereka dihantar mesej-mesej tak penting. Sebelum anda diCOP sebagai spammer, lebih baik anda hentikan gejala tak baik ini dengan segera. Bermesejlah dengan jujur, Bukanlah semata-mata inginkan trafik. Apabila anda jujur, maka disitulah trafik anda akan lebih meriah. :)
sila la click LIKE =)
satu saturday!
12 years ago
0 comments:
Post a Comment